LAPORAN MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK , 2011
Sunday, November 13, 2011
LAPORAN MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK , 2011
1.NAMA PROGRAM : Majlis Konvokesyen Perdana Prasekolah Negeri Perak, 2011
2.TARIKH PELAKSANAAN
Majlis Raptai : 27hb. Oktober, 2011
Majlis Sebenar : 29hb. Oktober, 2011
3.MASA : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
4.TEMPAT : Dewan Besar Masterskill, Tasek, Ipoh.
5.NAMA PERASMI :Tuan Haji Mohd. Idris Bin Hj. Ramli : , Timbalan Pengarah JPN Perak
6.SENARAI NAMA KEHORMAT YANG LAIN YANG HADIR :
- Tuan Haji Mohd. Puat Bin Yusof
Penolong Pengarah , Unit PAKK & Prasekolah, JPN
- En. Johari Bin Haji Redzuan
Pengurus Hal Ehwal Pelajar, Kolej Masterskill
- Pn. Hjh. Salmiah Bt. Sabran
Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN
- En. Aznan Bin Alias
Memangku Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN
- Wakil PPD dan Ketua Sektor JPN
- Pegawai JPN
- Guru Besar
7.KEHADIRAN SELURUH TETAMU DAN PESERTA : 900 orang tidak termasuk ibu bapa
8.KEHADIRAN RASMI MURID PRASEKOLAH : 634 orang
9.PELAKSANAAN :
8.00 pagi – Pendaftaran semua murid prasekolah.
8.50 pagi – Ketibaan Timbalan Pengarah
9.15 pagi – Perarakan masuk ke dalam dewan yang diketuai oleh murid. Diikuti dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Perak. Seterusnya Ucapan wakil murid oleh Nursyasya Adrini bt. Md. Jelani , murid prasekolah Sk. Sri Adika Raja , Gerik, Perak. Secara ringkas, di dalam ucapan beliau banyak melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak khasnya para guru dan ppm yang bertungkus lumus mendidik mereka.
Ucapan alu –aluan oleh Tuan Haji Mohd. Puat Bin Yusof – Penolong Pengarah , Unit PAKK & Prasekolah selaku wakil pengerusi pengelola. Di dalam ucapan tersebut, beliau banyak menyentuh tentang peranan guru prasekolah yang telah berusaha untuk mendidik murid prasekolah dalam mencapai matlamat sebenar. Usaha murni guru prasekolah akan sentiasa di nilai sebagai suatu pengorbanan yang sangat mulia disisi oleh semua pihak khasnya para ibu bapa , pentadbir sekolah malah masyarakat seluruhnya.
Seterusnya ucapan dan pengistiharaan pembukaan Majlis Konvokesyen Perdana Prasekolah Peringkat Negeri Perak, 2011 oleh Tuan Haji Mohd. Idris Bin Hj. Idris , Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Intipati ucapan beliau adalah menyentuh tentang pencapaian KPI dalam NKRA Prasekolah yang masih belum tercapai. Beliau berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam meningkatkan pencapaian tersebut. Beliau menyatakan pendidikan prasekolah adalah sangat penting sebagai asas utama kepada murid sebelum mereka memasuki kelas di arus perdana.
9.45 Pagi - Penyampaian sijil kepada 14 buah kelas prasekolah seperti berikut :
1. SK. Coronation Park
2. SK. Pasukan Polis Hutan, Ipoh
3. SJKC Bercham, Ipoh
4. SK. Tasek Permai, Ipoh
5. SK. Perpaduan , Ipoh
6. SK. Sentosa, Kampar
7. SK. Gopeng , Gopeng
8. SJKC Yu Ying, Kampar
9. SK. Seri Jaya, Batu Gajah
10. SK. Seri Bayu, Seri Manjung
11. SK. TLDM, Lumut
12. SK. Dato’ Sagor, Kampong Gajah
13. SK. Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar
14. SK. Titi Gantong, Parit
11.00 Pagi - Majlis berhenti rehat dengan acara tarian Inang oleh SK. Pasukan Polis Hutan. Seterusnya tarian tanglung oleh murid-murid prasekolah SJKC Bercham dan tarian Portugis daripada Sk. Perpaduan, Ipoh. Para tetamu di atas pentas menikmati minuman dan kuih muih semasa menyaksikan persembahan.
11.30 Pagi – Penyampaian sijil bahagian kedua diteruskan dengan :
1. SK. Sultan Idris II, Kuala Kangsar
2. SK. Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
3. SM. Vokasional, Kuala Kangsar
4. Sk. Tanjung Malim, Tanjung Malim
5. SK. Kampong Pahang, Tapah
6. SK. Sungai Lampam, Chikus
7. SK. Simpang Empat, Hutan Melintang
8. SK. Sultan Abdullah, Taiping
9. SK. Taman Jana, Kemunting
10. SK. Titi Serong, Parit Buntar
11. SK. Sri Kerian, Parit Buntar
12. SK. Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik
13. SK. Sri Adika Raja, Gerik
14. SM. Teknik, Grik
11.50 tgh – Penyampaian sijil Anugerah Pengarah oleh Tuan Timbalan Pengarah
adalah kepada semua murid yang terbaik daripada setiap daerah
iaitu :
1.Daerah Kinta Utara – Liew Sze Qian / SJKC Bercham
2.Daerah Kinta Selatan-Nurbatrisya Balqis bt. Md. Nizam / SK. Sentosa
3.Daerah Kuala Kangsar – Nur Amna Qistina bt. Abdullah / SK. Sultan Idris II
4.Daerah Batang Padang – Muhamad Umar b. Ahmad Zaki / SK. Tanjung Malim
5.Daerah Perak Tengah - Aida Athirah bt. Jasnul Hisham / SK. Titi Serong
6.Daerah Hilir Perak - Alya Firzana bt. Ashadee / SK. Sungai Lampam
7.Daerah LMS– Muhd. Aiman Syakir b. Kamarul Sardi / SK. Tmn Jana, Kmtg
8.Daerah Manjung – Nur Aleeya Zuhaida bt. Abdul Hayar / SK Beruas
9.Daerah Kerian– Nurizatul Nadia bt. Hussin / SK. Sri Kerian
10.Daerah Hulu Perak – Nur syasya Ardini bt. Md. Jelani / Sk. Sri Adika Raja, Gerik
12.00 tgh – Penyampaian hadiah Anugerah KPPM oleh Tuan Timbalan kepada
Alya Firzana bt. Mohd. Ashadee daripada Sk. Sungai Lampam, Teluk Intan.
12.05 tgh – Penyampaian Cenderamata daripada Tuan haji Mohd. Fuat b. Yusof
kepada Tuan Timbalan atas kesudiaan beliau ke majlis ini. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh ustaz Noor Dashriman B. Norkaman daripada Sk.
Perpaduan, Ipoh.
12.10 tgh – Pengistiharaan Penutupan majlis ini dilaksanakan oleh tuan timbalan
pengarah dan seterusnya nyanyian ‘Perak Sentiasa Di Puncak
Kegemilangan’dinyanyikan beramai-ramai oleh semua tetamu dan jemputan.
Akhirnya perarakan keluar dewan oleh ahli Majlis konvokesyen Perdana
Prasekolah menandakan tamatnya majlis ini tepat pada 12.15 tengahari.
9. IMPAK
Majlis Konvokesyen Perdana Peringkat Negeri ini telah memberi impak yang
berkesan kepada semua pihak iaitu :
i. Majlis ini telah dapat menyedarkan betapa pentingnya peranan guru dan pembantu pengurusan murid yang bukan sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak didik semasa aktiviti yang dijalankan semasa majlis konvokesyen ini.
ii. Majlis ini telah dapat menimbulkan rasa gembira dan bangga dalam kalangan semua pihak khasnya para jawatankuasa tentang betapa segala keringat yang dicurahkan kepada persediaan dan persiapan majlis ini telah dapat dinikmati apabila majlis dapat berjalan dengan baik.
iii. Majlis ini telah membuka mata semua pihak khasnya kepada pihak yang optimis dan sinis dengan pendidikan prasekolah yang dianggap remeh dan tidak memerlukan sebarang bentuk penhargaan dan sebagainya.
iv. Majlis ini telah dapat memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada seluruh murid sebagai murid prasekolah yang berjaya. Semoga pengalaman ini akan menjadi kenangan manis mereka sepanjang hayat dan pembuka semangat kepada kecemerlangan pada masa hadapan.
Peloporan disediakan oleh :
Pn. Azizah Abu Bakar
J/Kuasa Buku Program/Rakaman/Laporan
PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH NEGERI PERAK
Monday, September 5, 2011
1. LATAR BELAKANG
Pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah bermula sejak tahun 1992. Bermula dengan 38 prasekolah Annex kini pada tahun 2011 sebanyak 768 kelas prasekolah telah dibuka di 494 buah sekolah di Perak. Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada prasekolah di atas usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti di samping membantu merealisasikan Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan.
Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah peringkat negeri Perak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kualiti prasekolah melalui penarafan dan pengikhtirafan kepada prasekolah menerusi penganugerahan ”bintang” mengikut kriteria yang digariskan dalam instrumen Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah.
Sehubungan dengan ini, satu Jawatankuasa Induk Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah peringkat Jabatan Pelajaran Negeri akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Pelajaran Perak dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari beberapa Sektor di JPN . Perincian Jawatankuasa kerja dan ahli jawatankuasa di peringkat JPN dan PPD adalah seperti di Lampiran 1. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pelaksanaan pemantauan secara kolaboratif dapat dilaksanakan secara tepat dan berkesan.
Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah akan dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang standard yang perlu diikuti oleh semua pegawai, guru besar dan guru prasekolah.
2. OBJEKTIF PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH
Objektif program adalah untuk:
2.1 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai indikator kepada pengurusan prasekolah di negeri Perak.
2.2 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai satu usaha melahirkan budaya saing yang sihat ke arah peningkatan kualiti prasekolah.
2.3 Memastikan sekolah mempunyai perancangan mengenai peningkatan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan prasekolah Perak dalam aspek pengurusan am, pengurusan akademik,ko akademik dan pembinaan modal insan yang berkualiti.
3. STRATEGI PELAKSANAAN
Tahap pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dijalankan pada tiga tahap.
3.1 Tahap Pertama - Tahap Persediaan (Julai - Ogos).
Pada tahap ini sekolah perlu:
- melantik Jawatankuasa Kerja.
- menyediakan atau mengemaskini item dalam kriteria penilaian.
3.2 Tahap Kedua - Penilaian Peringkat PPD (Ogos- September)
- membuat pemantauan dan penilaian berdasarkan kriteria
penilaian.
- membimbing dan memberi khidmat nasihat/bantuan
- mengenalpasti prasekolah yang mencapai tahap cemerlang
3.3 Tahap Ketiga - Penilaian Peringkat JPN (Oktober)
- melantik jawatankuasa penilai
- membuat penilaian kepada kelas prasekolah yang dicalonkan
di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.
- Menganugerahkan Sijil dan hadiah (Kategori 5 dan 4 bintang) kepada kelas prasekolah.
4. KAEDAH PENILAIAN
4.1 Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan dalam penilaian ini. Antaranya adalah:
4.1.1 pemerhatian;
4.1.2 temubual dengan pengurus sekolah, guru, ibubapa dan murid;
4.1.3 pemerhatian proses P&P; dan
4.1.4 semakan dokumen.
4.2 Pegawai penilai peringkat PPD dikehendaki memasukkan (key-in) data
prasekolah yang dinilai berdasarkan kriteria dalam borang penilaian.
4.3 Dapatan penilaian hendaklah dikemukakan oleh pegawai penilai kepada sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja. Format Dapatan Pemantauan adalah seperti di Lampiran 4.
4.4 Data yang telah lengkap diisi perlulah dihantar melalui e-mail pada minggu pertama bulan Oktober kepada pihak Urusetia di peringkat JPN.
4.5 Perbelanjaan berkaitan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah adalah di bawah tanggungan JPN/PPD masing-masing.
4.6 Sebarang pertanyaan berhubung dengan program boleh dirujuk kepada Urus Setia Program di Peringkat PPD (u.p. Penyelia Sekolah Rendah daerah masing-masing) atau Urus Setia di Peringkat JPN (u.p Haji Mohd Puat Bin Yusof-055015105 /Ayub Bin Don – 055015295/ Zainor Amri Bin Zulkifli - 055015294).
KESIMPULAN
Pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dan penilaian secara kolaboratif diantara pegawai-pegawai dari beberapa bahagian di Peringkat JPN dan PPD dapat memberikan maklumbalas mengenai status fizikal kelas prasekolah , tahap pengurusan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti . Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.
Manual Prosedur Kerja Guru Guru Prasekolah
Sunday, May 9, 2010
Untuk Makluman Guru - Guru Prasekolah Negeri Perak . Sila Muat Turun Manual Prosedur Kerja Guru Guru Prasekolah :
1. Manual Prosedur Kerja Guru Guru Prasekolah
Terima Kasih
Kursus Pembinaan Blog SKSMA
Friday, May 7, 2010
Sabtu : Hari ini ada kursus kat kawan kawan di SKSMA
Read more...Taklimat Pentaksiran Prasekolah Daerah Kerian 2010
Monday, March 8, 2010
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan pada:
Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Malinja,PPD Kerian.
Kehadiran adalah diwajibkan tanpa wakil.
Harap Maklum, terima kasih.
*Sebarang maklumat hubungi: 012-4475252 (En Zulkarnain - Peg. Khas Akademik Prasekolah)
Pautan Baru Borang Maklumat Prasekolah Perak
Saturday, January 30, 2010
Untuk Makluman Guru - Guru Prasekolah Negeri Perak . Sila Muat Turun Borang :
1. Data Maklumat Prasekolah Negeri Perak 2010
2. Panduan Mengisi Borang Maklumat Prasekolah Perak
Borang Maklumat Prasekolah 2010
Wednesday, January 13, 2010
Untuk Makluman Guru - Guru Prasekolah Negeri Perak . Sila Muat Turun Borang Data Maklumat Prasekolah Negeri Perak 2010
Read more...Bahan Inovasi – TEKNIK MEMBENTUK HURUF KECIL MENGGUNAKAN KAEDAH 25 SEN
Tuesday, November 17, 2009


Konsep pembelajaran membentuk huruf kecil menggunakan Kaedah 25 Sen memberi lebih banyak peluang kepada murid meneroka sendiri seni membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan bimbingan guru.
Melalui proses pengalaman ini, diharapkan seni membentuk huruf itu akan menjadi satu kebiasaan kepada murid-murid sekaligus menjadikan tulisan mereka mudah dibaca, kemas dan menarik.
Bahan Inovasi ‘Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Kaedah 25 Sen’ dihasilkan oleh Cikgu Hawang Eyong dari SK. Giok, Tamparuli, Sabah. Bahan inovasi ini pernah dipamerkan di Karnival Pembestarian Sekolah, Peringkat Kebangsaan – 2009, di Sandakan, Sabah. Cikgu Hawang Eyong telah dianugerahi Guru Inovatif daerah Tuaran pada tahun 2009.
Membina Kumpulan Circle Time
Monday, November 9, 2009
Mula-mula lukis bulatan di atas lantai atau menggunakan tape berwarna jika perlu. Dengan menggunakan kapur atau tape, tulis huruf awal nama setiap kanak-kanak di sekeliling bulatan. Satu cara lain untuk mengenalkan tempat kanak-kanak ialah dengan memberikan pictogram ( mengikut tema) kepada setiap kanak-kanak yang secara tidak langsung dapat memandu mereka mengambil tempat di sekeliling bulatan berpandukan pictogram tersebut.
Menggunakan nombor
Cetak, laminate dan pamerkan nombor di sekeliling bulatan. Berikan setiap nombor kepada setiap kanak-kanak. Kad nombor boleh juga digantung dari atas siling ke bawah tempat kanak-kanak duduk atau lekatkan di meja tulis kanak-kanak. Anda boleh juga menggunakan juga tanda-tanda lain untuk setiap kanak-kanak. Tanda atau simbol mestilah sentiasa sama dan bersesuaian dengan umur kumpulan kanak-kanak.
Di sini ada beberapa contoh:
Membentuk kumpulan
Pilih sesuatu bunyi haiwan untuk setiap kanak-kanak . Buat setiap bunyi sebagai isyarat untuk kanak-kanak masuk ke dalam bulatan. ( bunyi boleh juga menunjukkan tema anda pada hari tersebut)
Isyarat Lampu
Buka dan tutup lampu mengikut ritma tertentu. Isyarat ini biasanya berkesan jika anda mempunyai kumpulan yang sangat aktif. Ia juga merupakan cara untuk membuatkan kumpulan menjadi senyap. Cuba aktiviti ini beberapa kali sepanjang aktiviti harian untuk melihat berapa lama masa yang akan diambil untuk mereka berkumpul.
Lagu atau rima
Bila kanak-kanak mendengar lagu tertentu atau rima yang mereka tahu untuk mengambil tempat sekeliling bulatan. Pilih lagu kegemaran anda dan buatkan ia sebagai tanda circle time akan bermula.
Selamat Mencuba : Dari Blog parasekolah SK Datuk Usman Awang
Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah
Sunday, October 25, 2009
Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999).
Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanakkanak disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran.Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999).
Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan.
Muatturun Jurnal Pendidikan
Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah
Pengenalan
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin
akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.
Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak
wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak - kanak.
Sambungan Sila Klik Untuk Muatturun "Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah"
Karnival Prasekolah 2008
Karnival Prasekolah 2008 yang berlangsung diNegeri pasir Dua Butir


