LAPORAN MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK , 2011

Sunday, November 13, 2011

LAPORAN MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK , 2011

1.NAMA PROGRAM : Majlis Konvokesyen Perdana Prasekolah Negeri Perak, 2011

2.TARIKH PELAKSANAAN
Majlis Raptai : 27hb. Oktober, 2011
Majlis Sebenar : 29hb. Oktober, 2011

3.MASA : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

4.TEMPAT : Dewan Besar Masterskill, Tasek, Ipoh.

5.NAMA PERASMI :Tuan Haji Mohd. Idris Bin Hj. Ramli : , Timbalan Pengarah JPN Perak

6.SENARAI NAMA KEHORMAT YANG LAIN YANG HADIR :
- Tuan Haji Mohd. Puat Bin Yusof
Penolong Pengarah , Unit PAKK & Prasekolah, JPN
- En. Johari Bin Haji Redzuan
Pengurus Hal Ehwal Pelajar, Kolej Masterskill
- Pn. Hjh. Salmiah Bt. Sabran
Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN
- En. Aznan Bin Alias
Memangku Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN
- Wakil PPD dan Ketua Sektor JPN
- Pegawai JPN
- Guru Besar

7.KEHADIRAN SELURUH TETAMU DAN PESERTA : 900 orang tidak termasuk ibu bapa

8.KEHADIRAN RASMI MURID PRASEKOLAH : 634 orang

9.PELAKSANAAN :
8.00 pagi – Pendaftaran semua murid prasekolah.
8.50 pagi – Ketibaan Timbalan Pengarah


9.15 pagi – Perarakan masuk ke dalam dewan yang diketuai oleh murid. Diikuti dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Perak. Seterusnya Ucapan wakil murid oleh Nursyasya Adrini bt. Md. Jelani , murid prasekolah Sk. Sri Adika Raja , Gerik, Perak. Secara ringkas, di dalam ucapan beliau banyak melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak khasnya para guru dan ppm yang bertungkus lumus mendidik mereka.

Ucapan alu –aluan oleh Tuan Haji Mohd. Puat Bin Yusof – Penolong Pengarah , Unit PAKK & Prasekolah selaku wakil pengerusi pengelola. Di dalam ucapan tersebut, beliau banyak menyentuh tentang peranan guru prasekolah yang telah berusaha untuk mendidik murid prasekolah dalam mencapai matlamat sebenar. Usaha murni guru prasekolah akan sentiasa di nilai sebagai suatu pengorbanan yang sangat mulia disisi oleh semua pihak khasnya para ibu bapa , pentadbir sekolah malah masyarakat seluruhnya.

Seterusnya ucapan dan pengistiharaan pembukaan Majlis Konvokesyen Perdana Prasekolah Peringkat Negeri Perak, 2011 oleh Tuan Haji Mohd. Idris Bin Hj. Idris , Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Intipati ucapan beliau adalah menyentuh tentang pencapaian KPI dalam NKRA Prasekolah yang masih belum tercapai. Beliau berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam meningkatkan pencapaian tersebut. Beliau menyatakan pendidikan prasekolah adalah sangat penting sebagai asas utama kepada murid sebelum mereka memasuki kelas di arus perdana.

9.45 Pagi - Penyampaian sijil kepada 14 buah kelas prasekolah seperti berikut :
1. SK. Coronation Park
2. SK. Pasukan Polis Hutan, Ipoh
3. SJKC Bercham, Ipoh
4. SK. Tasek Permai, Ipoh
5. SK. Perpaduan , Ipoh
6. SK. Sentosa, Kampar
7. SK. Gopeng , Gopeng
8. SJKC Yu Ying, Kampar
9. SK. Seri Jaya, Batu Gajah
10. SK. Seri Bayu, Seri Manjung
11. SK. TLDM, Lumut
12. SK. Dato’ Sagor, Kampong Gajah
13. SK. Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar
14. SK. Titi Gantong, Parit

11.00 Pagi - Majlis berhenti rehat dengan acara tarian Inang oleh SK. Pasukan Polis Hutan. Seterusnya tarian tanglung oleh murid-murid prasekolah SJKC Bercham dan tarian Portugis daripada Sk. Perpaduan, Ipoh. Para tetamu di atas pentas menikmati minuman dan kuih muih semasa menyaksikan persembahan.
11.30 Pagi – Penyampaian sijil bahagian kedua diteruskan dengan :
1. SK. Sultan Idris II, Kuala Kangsar
2. SK. Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
3. SM. Vokasional, Kuala Kangsar
4. Sk. Tanjung Malim, Tanjung Malim
5. SK. Kampong Pahang, Tapah
6. SK. Sungai Lampam, Chikus
7. SK. Simpang Empat, Hutan Melintang
8. SK. Sultan Abdullah, Taiping
9. SK. Taman Jana, Kemunting
10. SK. Titi Serong, Parit Buntar
11. SK. Sri Kerian, Parit Buntar
12. SK. Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik
13. SK. Sri Adika Raja, Gerik
14. SM. Teknik, Grik

11.50 tgh – Penyampaian sijil Anugerah Pengarah oleh Tuan Timbalan Pengarah
adalah kepada semua murid yang terbaik daripada setiap daerah
iaitu :
1.Daerah Kinta Utara – Liew Sze Qian / SJKC Bercham
2.Daerah Kinta Selatan-Nurbatrisya Balqis bt. Md. Nizam / SK. Sentosa
3.Daerah Kuala Kangsar – Nur Amna Qistina bt. Abdullah / SK. Sultan Idris II
4.Daerah Batang Padang – Muhamad Umar b. Ahmad Zaki / SK. Tanjung Malim
5.Daerah Perak Tengah - Aida Athirah bt. Jasnul Hisham / SK. Titi Serong
6.Daerah Hilir Perak - Alya Firzana bt. Ashadee / SK. Sungai Lampam
7.Daerah LMS– Muhd. Aiman Syakir b. Kamarul Sardi / SK. Tmn Jana, Kmtg
8.Daerah Manjung – Nur Aleeya Zuhaida bt. Abdul Hayar / SK Beruas
9.Daerah Kerian– Nurizatul Nadia bt. Hussin / SK. Sri Kerian
10.Daerah Hulu Perak – Nur syasya Ardini bt. Md. Jelani / Sk. Sri Adika Raja, Gerik

12.00 tgh – Penyampaian hadiah Anugerah KPPM oleh Tuan Timbalan kepada
Alya Firzana bt. Mohd. Ashadee daripada Sk. Sungai Lampam, Teluk Intan.

12.05 tgh – Penyampaian Cenderamata daripada Tuan haji Mohd. Fuat b. Yusof
kepada Tuan Timbalan atas kesudiaan beliau ke majlis ini. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh ustaz Noor Dashriman B. Norkaman daripada Sk.
Perpaduan, Ipoh.

12.10 tgh – Pengistiharaan Penutupan majlis ini dilaksanakan oleh tuan timbalan
pengarah dan seterusnya nyanyian ‘Perak Sentiasa Di Puncak
Kegemilangan’dinyanyikan beramai-ramai oleh semua tetamu dan jemputan.
Akhirnya perarakan keluar dewan oleh ahli Majlis konvokesyen Perdana
Prasekolah menandakan tamatnya majlis ini tepat pada 12.15 tengahari.

9. IMPAK
Majlis Konvokesyen Perdana Peringkat Negeri ini telah memberi impak yang
berkesan kepada semua pihak iaitu :
i. Majlis ini telah dapat menyedarkan betapa pentingnya peranan guru dan pembantu pengurusan murid yang bukan sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak didik semasa aktiviti yang dijalankan semasa majlis konvokesyen ini.
ii. Majlis ini telah dapat menimbulkan rasa gembira dan bangga dalam kalangan semua pihak khasnya para jawatankuasa tentang betapa segala keringat yang dicurahkan kepada persediaan dan persiapan majlis ini telah dapat dinikmati apabila majlis dapat berjalan dengan baik.
iii. Majlis ini telah membuka mata semua pihak khasnya kepada pihak yang optimis dan sinis dengan pendidikan prasekolah yang dianggap remeh dan tidak memerlukan sebarang bentuk penhargaan dan sebagainya.
iv. Majlis ini telah dapat memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada seluruh murid sebagai murid prasekolah yang berjaya. Semoga pengalaman ini akan menjadi kenangan manis mereka sepanjang hayat dan pembuka semangat kepada kecemerlangan pada masa hadapan.

Peloporan disediakan oleh :
Pn. Azizah Abu Bakar
J/Kuasa Buku Program/Rakaman/Laporan

Read more...

PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH NEGERI PERAK

Monday, September 5, 2011

1. LATAR BELAKANG

Pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah bermula sejak tahun 1992. Bermula dengan 38 prasekolah Annex kini pada tahun 2011 sebanyak 768 kelas prasekolah telah dibuka di 494 buah sekolah di Perak. Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada prasekolah di atas usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti di samping membantu merealisasikan Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan.

Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah peringkat negeri Perak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kualiti prasekolah melalui penarafan dan pengikhtirafan kepada prasekolah menerusi penganugerahan ”bintang” mengikut kriteria yang digariskan dalam instrumen Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah.

Sehubungan dengan ini, satu Jawatankuasa Induk Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah peringkat Jabatan Pelajaran Negeri akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Pelajaran Perak dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari beberapa Sektor di JPN . Perincian Jawatankuasa kerja dan ahli jawatankuasa di peringkat JPN dan PPD adalah seperti di Lampiran 1. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pelaksanaan pemantauan secara kolaboratif dapat dilaksanakan secara tepat dan berkesan.

Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah akan dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang standard yang perlu diikuti oleh semua pegawai, guru besar dan guru prasekolah.







2. OBJEKTIF PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH

Objektif program adalah untuk:

2.1 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai indikator kepada pengurusan prasekolah di negeri Perak.

2.2 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai satu usaha melahirkan budaya saing yang sihat ke arah peningkatan kualiti prasekolah.

2.3 Memastikan sekolah mempunyai perancangan mengenai peningkatan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan prasekolah Perak dalam aspek pengurusan am, pengurusan akademik,ko akademik dan pembinaan modal insan yang berkualiti.


3. STRATEGI PELAKSANAAN

Tahap pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dijalankan pada tiga tahap.

3.1 Tahap Pertama - Tahap Persediaan (Julai - Ogos).
Pada tahap ini sekolah perlu:
- melantik Jawatankuasa Kerja.
- menyediakan atau mengemaskini item dalam kriteria penilaian.

3.2 Tahap Kedua - Penilaian Peringkat PPD (Ogos- September)
- membuat pemantauan dan penilaian berdasarkan kriteria
penilaian.
- membimbing dan memberi khidmat nasihat/bantuan
- mengenalpasti prasekolah yang mencapai tahap cemerlang


3.3 Tahap Ketiga - Penilaian Peringkat JPN (Oktober)
- melantik jawatankuasa penilai
- membuat penilaian kepada kelas prasekolah yang dicalonkan
di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.
- Menganugerahkan Sijil dan hadiah (Kategori 5 dan 4 bintang) kepada kelas prasekolah.


4. KAEDAH PENILAIAN

4.1 Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan dalam penilaian ini. Antaranya adalah:

4.1.1 pemerhatian;
4.1.2 temubual dengan pengurus sekolah, guru, ibubapa dan murid;
4.1.3 pemerhatian proses P&P; dan
4.1.4 semakan dokumen.


4.2 Pegawai penilai peringkat PPD dikehendaki memasukkan (key-in) data
prasekolah yang dinilai berdasarkan kriteria dalam borang penilaian.

4.3 Dapatan penilaian hendaklah dikemukakan oleh pegawai penilai kepada sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja. Format Dapatan Pemantauan adalah seperti di Lampiran 4.


4.4 Data yang telah lengkap diisi perlulah dihantar melalui e-mail pada minggu pertama bulan Oktober kepada pihak Urusetia di peringkat JPN.


4.5 Perbelanjaan berkaitan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah adalah di bawah tanggungan JPN/PPD masing-masing.

4.6 Sebarang pertanyaan berhubung dengan program boleh dirujuk kepada Urus Setia Program di Peringkat PPD (u.p. Penyelia Sekolah Rendah daerah masing-masing) atau Urus Setia di Peringkat JPN (u.p Haji Mohd Puat Bin Yusof-055015105 /Ayub Bin Don – 055015295/ Zainor Amri Bin Zulkifli - 055015294).



KESIMPULAN

Pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dan penilaian secara kolaboratif diantara pegawai-pegawai dari beberapa bahagian di Peringkat JPN dan PPD dapat memberikan maklumbalas mengenai status fizikal kelas prasekolah , tahap pengurusan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti . Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP