PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH NEGERI PERAK

Monday, September 5, 2011

1. LATAR BELAKANG

Pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah bermula sejak tahun 1992. Bermula dengan 38 prasekolah Annex kini pada tahun 2011 sebanyak 768 kelas prasekolah telah dibuka di 494 buah sekolah di Perak. Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada prasekolah di atas usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti di samping membantu merealisasikan Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan.

Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah peringkat negeri Perak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kualiti prasekolah melalui penarafan dan pengikhtirafan kepada prasekolah menerusi penganugerahan ”bintang” mengikut kriteria yang digariskan dalam instrumen Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah.

Sehubungan dengan ini, satu Jawatankuasa Induk Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah peringkat Jabatan Pelajaran Negeri akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Pelajaran Perak dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari beberapa Sektor di JPN . Perincian Jawatankuasa kerja dan ahli jawatankuasa di peringkat JPN dan PPD adalah seperti di Lampiran 1. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pelaksanaan pemantauan secara kolaboratif dapat dilaksanakan secara tepat dan berkesan.

Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah akan dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang standard yang perlu diikuti oleh semua pegawai, guru besar dan guru prasekolah.







2. OBJEKTIF PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH

Objektif program adalah untuk:

2.1 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai indikator kepada pengurusan prasekolah di negeri Perak.

2.2 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai satu usaha melahirkan budaya saing yang sihat ke arah peningkatan kualiti prasekolah.

2.3 Memastikan sekolah mempunyai perancangan mengenai peningkatan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan prasekolah Perak dalam aspek pengurusan am, pengurusan akademik,ko akademik dan pembinaan modal insan yang berkualiti.


3. STRATEGI PELAKSANAAN

Tahap pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dijalankan pada tiga tahap.

3.1 Tahap Pertama - Tahap Persediaan (Julai - Ogos).
Pada tahap ini sekolah perlu:
- melantik Jawatankuasa Kerja.
- menyediakan atau mengemaskini item dalam kriteria penilaian.

3.2 Tahap Kedua - Penilaian Peringkat PPD (Ogos- September)
- membuat pemantauan dan penilaian berdasarkan kriteria
penilaian.
- membimbing dan memberi khidmat nasihat/bantuan
- mengenalpasti prasekolah yang mencapai tahap cemerlang


3.3 Tahap Ketiga - Penilaian Peringkat JPN (Oktober)
- melantik jawatankuasa penilai
- membuat penilaian kepada kelas prasekolah yang dicalonkan
di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.
- Menganugerahkan Sijil dan hadiah (Kategori 5 dan 4 bintang) kepada kelas prasekolah.


4. KAEDAH PENILAIAN

4.1 Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan dalam penilaian ini. Antaranya adalah:

4.1.1 pemerhatian;
4.1.2 temubual dengan pengurus sekolah, guru, ibubapa dan murid;
4.1.3 pemerhatian proses P&P; dan
4.1.4 semakan dokumen.


4.2 Pegawai penilai peringkat PPD dikehendaki memasukkan (key-in) data
prasekolah yang dinilai berdasarkan kriteria dalam borang penilaian.

4.3 Dapatan penilaian hendaklah dikemukakan oleh pegawai penilai kepada sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja. Format Dapatan Pemantauan adalah seperti di Lampiran 4.


4.4 Data yang telah lengkap diisi perlulah dihantar melalui e-mail pada minggu pertama bulan Oktober kepada pihak Urusetia di peringkat JPN.


4.5 Perbelanjaan berkaitan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah adalah di bawah tanggungan JPN/PPD masing-masing.

4.6 Sebarang pertanyaan berhubung dengan program boleh dirujuk kepada Urus Setia Program di Peringkat PPD (u.p. Penyelia Sekolah Rendah daerah masing-masing) atau Urus Setia di Peringkat JPN (u.p Haji Mohd Puat Bin Yusof-055015105 /Ayub Bin Don – 055015295/ Zainor Amri Bin Zulkifli - 055015294).



KESIMPULAN

Pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dan penilaian secara kolaboratif diantara pegawai-pegawai dari beberapa bahagian di Peringkat JPN dan PPD dapat memberikan maklumbalas mengenai status fizikal kelas prasekolah , tahap pengurusan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti . Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.

3 Komen:

Noradilah Bt Hj Nain October 30, 2011 at 7:21 AM  

Semoga perjalanan program ini berjalan lancar dan telus untuk tahun 2012..

Hunny Bunny and Molly November 18, 2011 at 5:45 PM  
This comment has been removed by the author.
PPD KERIAN November 18, 2011 at 5:48 PM  

Salam,

Liputan gambar boleh dilihat disini. Kalau nak print atau simpan - kilk butang kanan pada tetikus dan pilih option "Save Imasge As" atau "Save link as"

http://ppdkerian.edu.my/gallery2/thumbnails.php?album=612

Terima kasih

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP